akur dalam lingkaran arahan dunia baru,

 bermimpi dalam pelukan semangat kebangsaan,
 leka dalam bayangan indah amarah diri,
 tak mahu terus di sini, khuatir aku dijemput pergi.

dalam longgokkan sampah tanah merdeka ini,
tin kosong tak mahu lagi bermulut lopong,
otak kosong yang selalu redha bila dikelentong,
ingin mula beromong bahasa sampah dari tanah merdeka.

muncul dari semangat ketidak puasan yang tiada kepedulian,
mencari titik persetujuan merempuh benteng keangkuhan,
keangkuhan yang begitu rakus merobek dasar kemanusian,
aku di sini kerana tidak percaya pada ketuanan bangsat,

aku di sini akan cuba belajar bersuara,
agar kita bisa bicara dihujung dunia,
usaha tak jaya, kita punya usaha,
dari kita terus lupa menari dijagat raya,
menyingkap rahsia rohani jangan dibilang lupa.

kadang terlupa kita tak mahu redha,
dalam redha kita tak redha,
bukankah itu lebih mulia?
dari tersenyum menerima durjana.